Friday, 15 December 2017

Kerana Itu Misi Aku





Malam yang sibuk bagi pelajar-pelajar universiti tatkala musim peperiksaan akhir semakin menonjolkan diri. Sibuk dengan pelbagai urusan belajar dan menyiapkan projek terakhir mereka. Aku sedang berada di ruangan anjung masjid sambil melayan WhatsApp di telefon. Satu sudut aku terpandang satu kumpulan yang sedang khusyuk menelaah pelajaran. Aku bergerak menuju ke arah mereka.

“Assalamualaikum. Maaf bertanya. Korang tengah buat apa ni?”

“Waalaikumussalam bang. Kami tengah main kad pokemon ni haa. Bosan la duduk bilik asyik tengok orang belajar je.”

Allahu. Terdetik hati aku menginsafi perkara ini. Tatkala semua pelajar sedang struggle belajar, masih ada lagi insan yang bermain-main dibuai kelekaan.

Aku terus menuju pulang ke bilik. Sambil memikirkan strategi pembelajaran bagi diri aku sendiri yang akan menghadapi peperiksaan akhir semester ni.

Aku sampai di bilik dan terus merebahkan diri ke atas katil. Rasa penat di badan turut rebah ke bumi. Terasa sangat lega dan best. Otak aku ligat berfikir tentang strategi pembelajaran berdasarkan keputusan semasa ujian aku bagi setiap subjek. Tak ada la hebat sangat tapi puas hati la juga bila tenung kan? Hehe.

Kenapa aku perlu struggle belajar? Kenapa aku tak lepak je macam member-member yang lain? Kenapa nak susahkan diri stay up sampai 3 pagi belajar? Tak stress ke? Tak ada kerja lain nak buat? Arghhhh!!!!

Pandanganku tiba-tiba gelap. Aku gelisah. Asal ni? Aku dah jadi buta ke? Apa dosa yang aku buat dengan mata aku?

Tiba-tiba seorang wanita yang sangat ku kenal susuk tubuhnya muncul tepat di depan aku. Itulah ibuku. Aku tergamam dan langsung tak dapat bergerak seolah-olah ini mimpi. Fuhhh seram beb bila tiba-tiba je muncul depan mata. Haha

Ibuku terus merapati diri aku. Lalu terus mendakap tubuh aku yang agak menggeletar terkejut. Lalu, satu suara yang amat melembutkan hati keluar. Suara yang mendamaikan jiwa tatkala keresahan aku dengar. Sayup tetapi bersemangat bila aku dengar.

“Azman, kita ni bukannya orang senang sangat. Mak ayah tak ada apa nak ditinggalkan kat adik beradik kamu. Pelajaran je la yang dapat ubah nasib kita sekeluarga bila kamu dah dapat kerja yang bagus. Gaji besar. Boleh bantu keluarga. Ingat pesan ni ye. Belajar lah rajin-rajin. Banggakan ibu dan ayah. Itukan misi kamu yang pernah kamu cakap dulu kat ibu.”

Zrapppp!!! Aku tersentak. Mengucap terus keluar dari lidahku.


Kini, aku mula sedar. Aku ada 1 misi. Aku ada tujuan. Aku ada harapan yng diletakkan di kedua-dua belah bahu aku. Dan aku tak akan sesekali menggagalkan misi penting ni. Aku dah berjanji. Aku akan terus berjuang sampai misi aku ni berjaya.

Misi aku nak dapat pointer 4.00 dan banggakan ibu ayah aku !!! Yeahhhhh!!! Fighting!!!


Sunday, 10 December 2017

Tawa Dalam Syurga Dan Tangisan Dalam Neraka


Tawa Dalam Syurga Dan Tangisan Dalam Neraka



Pernah tak kita dengar orang kata : Eh, kita kan still remaja lagi. Enjoy la habis-habis. Kasi feel dulu syurga dunia ni bro.

Ada yang rasa hidupnya seperti syurga yang amat bahagia. Ada yang rasa seumur hidupnya seakan neraka yang sangat menyeksa. Tapi, itulah asam garam kehidupan dunia yang sementara.

Sebahagian manusia menganggap taat pada Pencipta itu indah seperti syurga. Setengah manusia berpendapat bahawa ingkar pada Pencipta itu syurga. Dua sisi pandangan yang berbeza.

Sebenarnya syurga itu memberi ketenangan manakala neraka itu memberi keseronokan nafsu syaitan.

Haa dah jelas kan apa sebenarnya syurga dan neraka bagi sisi pandang yang berbeza?

Beruntunglah pemuda dan insan yang menggunakan seluruh hidupnya untuk menggapai syurga. Jalan ke syurga itu disertai kesulitan dan kepedihan tetapi pengakhirannya sangat indah. Seperti kita di dunia yang mahukan kekayaan wang untuk hidup senang perlukan usaha yang keras dan istiqamah. Kadang-kadang sampai tak tidur malam tau. Hehe

Apabila dimasukkan sahaja mereka ke dalam syurga, mereka berpuas hati dan tak ingin kembali ke dunia. Kerana di dalam syurga 1001 nikmat dan permintaan mereka dipenuhi tanpa sebarang syarat dan kepenatan. Saat itu merekalah orang yang paling bahagia kerana Tuhan mereka menepati janjiNya.

Firman Allah S.W.T :
“ Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata : Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa suci bersih, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.” (Al-Baqarah:25)

Itulah nikmat ketawa di dalam syurga !!!

Melangkah ke syurga kerana Allah dan menjauhi neraka juga kerana Allah. Kerana Allah adalah kekuatan utama kita.


Nak dipisahkan pasti tak mampu. Manusia pasti tak lekang dari membuat kesilapan. Pasti dan sudah tak boleh diragui lagi. Ketika diri sedang melayar bahtera kehidupan yang penuh fantasi, adakalanya kita terjatuh ke lembah kemaksiatan. Ada juga yang sengaja meletakkan dirinya ke lembah kebinasaan.

Yang utama, kita perlu tahu bahawa kemaksiatan pasti akan dibalas tak lain tak bukan dengan api neraka. Pasti hati kita gentar apabila mendengar perkataan ‘neraka’. Tak pernah lagi saya jumpa bila orang sebut neraka dia gelak tak ingat dunia. Apabila nak buat dosa, maka ingatlah dan renungkanlah akan azabnya yang terlampau pedih. Terlalu pedih. Pedih tiada tandingannya. Waktu itu, teriakan dan lolongan kesakitan kita ada memecah suasana dalam neraka tersebut. Aduhhhh!!!! Sakitnya Ya Allah !!!!! Baru nak ingat Allah. Tapi sudah terlambat dan mustahil dapat kembali ke dunia.

Firman Allah :
“Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata : Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan menjadilah kami golongan yang beriman.” (Al-An’am:27)

Maka bertaubatlah dari sekarang. Kerana mati tak mengenal usia dan persediaan kita. Melazimi taubat akan memberikan kita keselamatan dunia dan akhirat.

Itulah sengsara tangisan di daam neraka !!! Semua pengakhiran di kedua telapak tangan kita !!!

Friday, 13 October 2017

The Power Of Taubat







ADA APA DENGAN TAUBAT???

Taubat itu ubat. Mungkin tidak pahit seperti ubat yang kita dapat dari klinik dan hospital. Tapi taubat ni satu ubat yang sangat power. Dengan hanya sekelip mata, seseorang itu mampu sihat hampir 100%. Ada yang tanya. Macam mana kalau taubat tu tak berkesan? Adakah taubat ni boleh jadi racun? Sehebat mana taubat tu?

1. Apa sebenarnya taubat ni???

Taubat ialah satu perbuatan menyucikan diri dari segala dosa yang pernah dilakukan. Ada manusia yang hari-hari bertaubat. Alhamdulillah. Mari contohi mereka. Istighfar setiap hari tak pernah kurang dari 100X dengan harapan agar Allah mengampuni segala dosa mereka.

“Azhar, aku rasa lepas aku amalkan taubat dan istighfar 100X sehari rasa lain macam la. Rasa macam tenang je. Rezeki pun senang masuk.”
“Alhamdulillah bagus la kalau macam tu. Sebab Rasulullah yang maksum pun everyday istighfar untuk jadi contoh kat kita. But yang follow Rasulullah sikit je. Kita lebih suka follow Barat nyanyi lagu yang pelik-pelik (especially lagu Korea). Haha. Gurau je K-Pop fans ye. Hihi.

2. Kenapa perlu bertaubat waktu muda???

Rata-rata bila disebut taubat ramai akan terbayang dalam fikiran orang yang berumur akan 24 jam berada di masjid untuk beribadah. Terbayang dalam minda orang-orang tua berserban dan berkopiah menaiki motor menuju ke surau dan masjid. Betul ke fenomena ni?
Hakikatnya, persepsi ini salah sama sekali. Taubat bukan hanya dikhususkan hanya kepada orang tua sahaja. Malah sepatutnya yang muda dan masih bertenaga. Waktu muda masih ada kekuatan dan tenaga untuk melakukan ibadah dengan sempurna dan bersungguh-sungguh. Jika waktu muda kita masih lagi leka dan tak tahu arah tuju, maka kekuatan yang pemuda ada sekadar sia-sia. Setuju tak?

3. Sehebat mana taubat ni???

Taubat ni bukan macam kuasa Boboiboy tau. Haha. Walaupun taubat ni bukan kuasa macam cerita adiwira Boboiboy, tapi kuasa dia sangat hebat sampai boleh mengubah ‘dunia’ seseorang. Tak percaya ke?

Bila seseorang tu dah bertaubat, dia telah meninggalkan masa lampau dengan menuju masa hadapan yang sangat cerah. His/her past just gone like that. Amazing right? Tiba-tiba speaking ni dah kenapa? Haha. Tapi itulah hakikatnya. Hebatnya taubat ni mampu mengubah insan yang lemah bertukar menjadi kuat serta-merta.

Tu saja sedikit bebelan yang tak seberapa ni. Moga-moga ada sedikit imu yang dapat diamalkan dan disebarkan kepada orang lain.


-abgAlloy-





Wednesday, 31 May 2017

Who Are You?

Assalamualaikum. Sihat ke semua? Jangan berlakon sihat pula ye di bulan Ramadhan ni.


“Wei, kau tengok mamat tu. Pelik la. Ada ke baca Quran sambil berdiri. Tak senonoh kot baca sambil berdiri. Nak baca kat masjid la. Boleh duduk.”

Mesti terdetik kat hati kita macam ni bila kita seseorang tu baca Quran di shopping mall. Mesti kita akan kata seseorang tu pelik dan aneh kalau dia pakai jubah dan serban di taman-taman rekreasi.Ada 2 perkara yang ingin saya sentuh dan amat penting untuk kita sama-sama renungi sedalam-dalamnya sebagai satu kebangkitan kesedaran iman dalam jiwa.

1. Pembawa Agama Dipandang “Nerd”
·         Hodoh. Ketinggalan zaman. Buang masa. Jijik. Itulah antara “panggilan-panggilan mesra” orang awam terhadap insan bernama daie. Hari ini, orang yang menyampaikan kebenaran sentiasa dipandang pelik. Malah, ada dalam kalangan masyarakat yang menganggap apa yang disampaikan adalah salah dan tak betul sebab tak sesuai langsung dengan zaman moden ni.

·         Para daie terus ditekan dan ditindas mental mereka oleh masyarakat yang mendakwa para daie ini salah ajarannya. Ada yang dipukul, dimaki, dipulau dan sebagainya. Tak sesuai dengan zaman moden konon. Huh! Tapi, dengan semangat dan iman yang kental segala tohmahan masyarakat langsung tak dipedulikan. Mereka terus berbuat walaupun dianggap salah dan aneh di zaman teknologi moden ni.


2. Silibus Yang Dibawa Barat
·         Pak Barat pula dengan nafsu yang sangat tinggi ingin control orang Islam mula memasukkan silibus kesesatan mereka dalam hidup orang Islam tanpa kita sedari. Mereka cuba membawa masuk silibus kesesatan dan penipuan dalam segenap aspek hidup kita. Mereka seolah-olah menjadi guru yang membawa kesesatan dan kezaliman kepada orang Islam seluruh dunia.

·         Barat ini yang cuba mempengaruhi minda umat Islam seolah-olah yang nampak tak sealiran dengan zaman moden dianggap pelik dan aneh. Segala apa perkara agama tidak boleh digunakan pada perkara dunia. Kesannya, mereka yang betul-betul mengamalkan ajaran Islam dituduh dengan hina sebagai pelik dan aneh dan tak layak dijadikan sebagai kawan.


Rasulullah s.a.w bersabda :
“Islam itu datang dalam keadaan dagang (aneh) dan akan kembali dalam keadaan dagang (aneh), maka beruntunglah orang-orang yang aneh.”

Sekian.


- @bgAlloy -

Friday, 3 February 2017

Ku Ingin Kamu...

Ku ingin kamu.
Ku ingin bersamamu setiap masa.
Ku rindu pada dirimu.

Alamak.Dah macam kisah cinta pula coretan kali ni.Tapi,coretan kali ni memang kisah cinta.Cinta teragung.Pengorbanan yang unlimited.Kasih-sayang dan air mata.Semuanya mengenai cinta tulus dari hati seorang insan bergelar "Murobbi".

Itulah cinta dakwah dan tarbiah.







Assalamualaikum wbt abang-abang hensem dan hakak-hakak cantik.Hehe.Semua ciptaan Allah kan lawa-lawa belaka.

In shaaAllah coretan kali ni tentang kisah cinta seorang Murobbi.


*********************************************************************************


"Salam akhi.Free tak selasa atau rabu ni?Ana nak ziarah".
"Wassalam.Ana free rabu lepas zohor sebab pagi tu ade kelas."
"Okay.Nanti rabu ni ana datang.Ready duit nak belanja ana makan ye".
"Orait.Jangan risau ana belanja".

Sanggup beb.Bayangkan datang dari Selangor ke Melaka semata-mata nak ziarah aku.Hujan lagi.Balik tu dia cakap duit tak cukup nak isi minyak.Dan aku tersentak.Duit minyak tak mampu nak isi.Macam mana dengan makan minum dia???

"Nah akhi RM10.Duit minyak".
"Eh,takpe akhiAantum simpan je.Cukup rasanya ni nak sampai UniKL tu.Kalau minyak habis,ana tolak jela.Hehe."

Masyaa Allah.Inikah cinta?Sungguh inilah cinta yang agung.Not a fake love.


*********************************************************************************


Hafizi Aziz...

Murobbi halaqah aku yang paling lama.Halaqah sama-sama.Mabit sama-sama.Berprogram sama-sama.Naik moto sama-sama.Makan sama-sama.

Teringat kali pertama jumpa dia.Kat Masjid As-Syakirin SERATAS.Kat situ la first time jumpa.Halaqah sama-sama dengan Afif,Bobo,Zuhdi,Amin,Chom dan ramai lagi geng-geng "penjual burger" yang join halaqah waktu tu.Hehe.








Tapi,baru-baru ni dapat kabar.Dia telah left group ikhwah fillah.Aku tersentak.Dan ramai yang tertanya-tanya kenapa dia berbuat begitu sedangkan dia antara "orang lama" dalam dakwah dan tarbiah ni.

Segala mesej aku di Facebook jugak hanya dibalas read je.Aduh.Kadang-kadang datang rasa rindu nak halaqah sama-sama.Nak lepak sembang pasal bisnes.


Kadang-kadang rindu.Kadang-kadang nangis.Mengenangkan pengorbanan yang luar biasa seorang Murobbi.Tak pernah mengeluh tak cukup duit.Tak cukup tido.

Tapi,aku kecewa dengan diri aku.Dapat Murobbi yang baik pun masih aku tak betul-betul dalam dakwah dan tarbiah.Still lagi main-main.Mutabaah berterabur.Allahu Akbar.

Ampunkan aku Allah.Aku masih lagi main-main.Tak pernah aku rasa syurga Engkau tu menggiurkan.Berilah aku ciri-ciri seorang Murobbi yang baik...

Itulah ukhuwahfillah geng.Itulah cinta yang tulus.Ni bukan drama Melayu yang acah-acah love tapi cinta tak bersebab.Bukan penuh ucapan sweet yang bersemut.Ni la kata-kata pembina semangat dan iman.


WAHAI PEMUDA!!!FAHAMILAH SEBENARNYA APA ITU CINTA.BUKAN HANYA PANDAI BERCINTA.


-@bgAlloy-



Monday, 30 January 2017

Interval Time

"Umar,aku rasa macam dah putus asa la.Mana taknya.Tiap-tiap minggu aku buat halaqah.Aku datang halaqah.Tapi orang yang datang sikit yang amat.Yang dengar dan fokus apatah lagi.Boleh kira dah."

"Alaaa.Rilek la Umar.Kan ada R&R.Lek dulu.Order air kopi.Lepas tu minum.Hilangkan penat kau tu kejap."


Yeahh!!!Assalamualaikum readers ku yang setia.Apa kabar?

Sihat ke semua?Alhamdulillah.Baik.Cantik.Jangan berlakon sihat sudah la ye.Hehe

Jadi,tajuk kali ni agak rare sebab ade perkataan R&R.So,jom scroll sampai bawah.Apa sebenarnya tajuk ni?







Selalu yang kita nampak logo kat atas waktu balik kampung raya kan?Haaa bagus la.Maknanya kita alert dan tak tidur dalam kereta.Cuba melihat pemandangan yang hijau.Kadang-kadang terbeliak jugak mata tengok alam semulajadi ni.

Memang kebiasaannya manusia penat.Malah haiwan pun penat.Hatta stamina anjing pun boleh pancit.Tapi,back to our Quran.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (Al-Baqarah:286)

So,sudah jelas Allah nyatakan Allah takkan bagi kita something yang kita tak kuasa nak lakukan.Walau nampak berat,Set minda yang sebenarnya aku boleh lakukan.Aku boleh selesaikan.Aku boleh buktikan yang aku mampu buat benda ni.Yakin.Yakin.Yakin.Takkan sebab kerja sikit dah mengeluh beb?Cakap dah penat.Dah tak larat.Come on man.Buang sifat cepat give up tu dan baca firman Allah kat atas berulang-ulang dalam hati.

Tapi,kalau rasa memang betul-betul dah tak larat.Complain penat.Complain tak nak teruskan.Stop a bit man.And take a short rest.Rehat seorang mukmin pada solatnya.Take some time in the middle of night.Perform your Tahajjud.Recite Quran.Admit your weakness so that He give you a new strength.Menangislah dan akui diri anda selemah-lemahnya.Mengaku diri anda penuh dosa.Sangat hina.

"Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam,selain dari sedikit masa(yang tak dapat tidak untuk berehat)" (Al-Muzammil:2)






Rehatlah di R&R sebagai seorang hamba.Makan makanan rohani sebanyak-banyaknya agar perjalanan engkau sebagai seorang Daie berjalan lancar tanpa kepenatan setelah itu.Sudah terbukti kekuatan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh dengan Tahajjud.Strategi peperangan yang langsung tak masuk akal.Tapi,kekuatan Tahajjud memberi kekuatan fizikal kepada para pencinta syahid sehingga mereka dapat menakluk Kota Konstatinopel.

Allahu Akbar!!!

Rehatlah andai engkau penat.Tapi jangan engkau rehat terlalu lama kerana tugas engkau masih belum selesai.Malah,engkau masih belum tiba ke destinasi yang engkau tuju.

Jadi,sebelum bateri laptop saya habis,saya akan share tips kekal ber"ENERGY"!!!

S-Solat awal waktu
S-Senyum
S-Sedekah


In shaa Allah, moga ilmu yang sedikit dapat diamalkan dan sebarkan kepada semua manusia yang anda kenal.In shaa Allah jumpa lagi pada siaran yang akan datang.

Assalamualaikum...

-@bgAlloy-




DAKWAH HIPSTER. SEMUA ORANG BOLEH BUAT

DAKWAH FREE STYLE BRO. Mungkin apabila disebut tentang dakwah ramai yang akan salah faham dan fikir dakwah hanya dikhaskan untuk go...