Thursday, 8 March 2018

DAKWAH HIPSTER. SEMUA ORANG BOLEH BUAT



DAKWAH FREE STYLE BRO.


Mungkin apabila disebut tentang dakwah ramai yang akan salah faham dan fikir dakwah hanya dikhaskan untuk golongan ustaz, ustazah, budak tahfiz, budak tabligh, budak usrah dan sebagainya. Pandangan ni salah sama sekali. Walaupun seseorang itu tiada background agama, namun perlu kita sedar bahawa tanggungjawab dakwah itu untuk semua orang.


Yes semua orang termasuk kau dan aku.


Dalam Quran saja ayat yang membicarakan tentang solat ada 212 ayat. Di mana-mana orang bercerita tentang solat. Alhamdulillah bagus. Tapi, tahu tak kita bahawa ayat Quran yang membicarakan tentang dakwah ada 587 ayat? Banyak kan? So, begitu banyak ayat yang mengetengahkan isu dakwah supaya kita ambik port join sekaki. Tapi, manusia hari ni ramai salah faham bab ni.


Malah part yang paling sedih ramai di antara kita yang ambik port main Mobile Legend. Ramai yang ambik port main Dota. Ramai yang ambik port tengok drama Korea sampai mata macam panda. Ramai yang layan novel cinta sampai terpedaya. Lepas tu, langsung tinggalkan kerja dakwah. Bukan tak boleh ambik port semua benda tu tapi kau kena tahu priority kau, Agama dan game mana priority kau?


Nak cakap dakwah ni payah takde la payah mana. Sebab Nabi pun pesan sampaikan daripadaku walau satu ayat. So, apa benda je kebaikan tentang Islam yang kita tahu just sampaikan dan sebarkan. Apa saja tak kira la kaitan dengan pelajaran ke, pengurusan masa ke dan sebagainya. Sebab kita rasa dakwah ni macam mustahil gila sebab kita fikir dakwah ni cuma bagi ceramah kat masjid 3 jam. Memang masak la bagi orang yang takde ilmu agama yang tinggi.


So, setakat ni clear kan semua orang boleh buat dakwah?


So, yang best dan senangnya dalam dakwah ni ialah korang boleh buat ikut style korang. Setiap manusia ada bakat dan skill masing-masing. So, gunakan bakat dan skill korang tu contribute dalam dakwah. Contoh, ada orang bakat dia melukis. So, dia lukis poster-poster dakwah. Ada orang bakat dia menyanyi jadi dia nyanyi lagu-lagu berunsur mesej kebaikan. Terpulang pada bakat dan skill masing-masing la supaya kita ada passion terhadap kerja dakwah yang kita lakukan.


Kalau rasa malas dan kedekut sangat nak sumbang tenaga dan bakat korang untuk dakwah, maka korang boleh sumbang dalam bentuk idea. Mudah-mudahan in shaa Allah kita pun akan dapat pahala.


So, senang tak dakwah pakai style masing-masing? Free style kan? Haha.


No comments:

Post a Comment

DAKWAH HIPSTER. SEMUA ORANG BOLEH BUAT

DAKWAH FREE STYLE BRO. Mungkin apabila disebut tentang dakwah ramai yang akan salah faham dan fikir dakwah hanya dikhaskan untuk go...