ADA APA DENGAN TAUBAT???
Taubat itu ubat. Mungkin tidak pahit seperti ubat yang kita
dapat dari klinik dan hospital. Tapi taubat ni satu ubat yang sangat power.
Dengan hanya sekelip mata, seseorang itu mampu sihat hampir 100%. Ada yang tanya.
Macam mana kalau taubat tu tak berkesan? Adakah taubat ni boleh jadi racun?
Sehebat mana taubat tu?
1. Apa sebenarnya
taubat ni???
Taubat ialah satu perbuatan menyucikan diri dari segala dosa
yang pernah dilakukan. Ada manusia yang hari-hari bertaubat. Alhamdulillah.
Mari contohi mereka. Istighfar setiap hari tak pernah kurang dari 100X dengan
harapan agar Allah mengampuni segala dosa mereka.
“Azhar, aku rasa lepas aku amalkan taubat dan istighfar 100X
sehari rasa lain macam la. Rasa macam tenang je. Rezeki pun senang masuk.”
“Alhamdulillah bagus la kalau macam tu. Sebab Rasulullah
yang maksum pun everyday istighfar untuk jadi contoh kat kita. But yang follow
Rasulullah sikit je. Kita lebih suka follow Barat nyanyi lagu yang pelik-pelik
(especially lagu Korea). Haha. Gurau je K-Pop fans ye. Hihi.
2. Kenapa perlu
bertaubat waktu muda???
Rata-rata bila disebut taubat ramai akan terbayang dalam
fikiran orang yang berumur akan 24 jam berada di masjid untuk beribadah.
Terbayang dalam minda orang-orang tua berserban dan berkopiah menaiki motor
menuju ke surau dan masjid. Betul ke fenomena ni?
Hakikatnya, persepsi ini salah sama sekali. Taubat bukan
hanya dikhususkan hanya kepada orang tua sahaja. Malah sepatutnya yang muda dan
masih bertenaga. Waktu muda masih ada kekuatan dan tenaga untuk melakukan
ibadah dengan sempurna dan bersungguh-sungguh. Jika waktu muda kita masih lagi
leka dan tak tahu arah tuju, maka kekuatan yang pemuda ada sekadar sia-sia.
Setuju tak?
3. Sehebat mana
taubat ni???
Taubat ni bukan macam kuasa Boboiboy tau. Haha. Walaupun
taubat ni bukan kuasa macam cerita adiwira Boboiboy, tapi kuasa dia sangat
hebat sampai boleh mengubah ‘dunia’ seseorang. Tak percaya ke?
Bila seseorang tu dah bertaubat, dia telah meninggalkan masa
lampau dengan menuju masa hadapan yang sangat cerah. His/her past just gone
like that. Amazing right? Tiba-tiba speaking ni dah kenapa? Haha. Tapi itulah
hakikatnya. Hebatnya taubat ni mampu mengubah insan yang lemah bertukar menjadi
kuat serta-merta.
Tu saja sedikit bebelan yang tak seberapa ni. Moga-moga ada
sedikit imu yang dapat diamalkan dan disebarkan kepada orang lain.
-abgAlloy-
Tq abg alloy
ReplyDelete