"Alaaa.Rilek la Umar.Kan ada R&R.Lek dulu.Order air kopi.Lepas tu minum.Hilangkan penat kau tu kejap."
Yeahh!!!Assalamualaikum readers ku yang setia.Apa kabar?
Sihat ke semua?Alhamdulillah.Baik.Cantik.Jangan berlakon sihat sudah la ye.Hehe
Jadi,tajuk kali ni agak rare sebab ade perkataan R&R.So,jom scroll sampai bawah.Apa sebenarnya tajuk ni?
Selalu yang kita nampak logo kat atas waktu balik kampung raya kan?Haaa bagus la.Maknanya kita alert dan tak tidur dalam kereta.Cuba melihat pemandangan yang hijau.Kadang-kadang terbeliak jugak mata tengok alam semulajadi ni.
Memang kebiasaannya manusia penat.Malah haiwan pun penat.Hatta stamina anjing pun boleh pancit.Tapi,back to our Quran.
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (Al-Baqarah:286)
So,sudah jelas Allah nyatakan Allah takkan bagi kita something yang kita tak kuasa nak lakukan.Walau nampak berat,Set minda yang sebenarnya aku boleh lakukan.Aku boleh selesaikan.Aku boleh buktikan yang aku mampu buat benda ni.Yakin.Yakin.Yakin.Takkan sebab kerja sikit dah mengeluh beb?Cakap dah penat.Dah tak larat.Come on man.Buang sifat cepat give up tu dan baca firman Allah kat atas berulang-ulang dalam hati.
Tapi,kalau rasa memang betul-betul dah tak larat.Complain penat.Complain tak nak teruskan.Stop a bit man.And take a short rest.Rehat seorang mukmin pada solatnya.Take some time in the middle of night.Perform your Tahajjud.Recite Quran.Admit your weakness so that He give you a new strength.Menangislah dan akui diri anda selemah-lemahnya.Mengaku diri anda penuh dosa.Sangat hina.
"Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam,selain dari sedikit masa(yang tak dapat tidak untuk berehat)" (Al-Muzammil:2)
Rehatlah di R&R sebagai seorang hamba.Makan makanan rohani sebanyak-banyaknya agar perjalanan engkau sebagai seorang Daie berjalan lancar tanpa kepenatan setelah itu.Sudah terbukti kekuatan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh dengan Tahajjud.Strategi peperangan yang langsung tak masuk akal.Tapi,kekuatan Tahajjud memberi kekuatan fizikal kepada para pencinta syahid sehingga mereka dapat menakluk Kota Konstatinopel.
Allahu Akbar!!!
Rehatlah andai engkau penat.Tapi jangan engkau rehat terlalu lama kerana tugas engkau masih belum selesai.Malah,engkau masih belum tiba ke destinasi yang engkau tuju.
Jadi,sebelum bateri laptop saya habis,saya akan share tips kekal ber"ENERGY"!!!
S-Solat awal waktu
S-Senyum
S-Sedekah
In shaa Allah, moga ilmu yang sedikit dapat diamalkan dan sebarkan kepada semua manusia yang anda kenal.In shaa Allah jumpa lagi pada siaran yang akan datang.
Assalamualaikum...
-@bgAlloy-