Friday, 15 December 2017

Kerana Itu Misi Aku





Malam yang sibuk bagi pelajar-pelajar universiti tatkala musim peperiksaan akhir semakin menonjolkan diri. Sibuk dengan pelbagai urusan belajar dan menyiapkan projek terakhir mereka. Aku sedang berada di ruangan anjung masjid sambil melayan WhatsApp di telefon. Satu sudut aku terpandang satu kumpulan yang sedang khusyuk menelaah pelajaran. Aku bergerak menuju ke arah mereka.

“Assalamualaikum. Maaf bertanya. Korang tengah buat apa ni?”

“Waalaikumussalam bang. Kami tengah main kad pokemon ni haa. Bosan la duduk bilik asyik tengok orang belajar je.”

Allahu. Terdetik hati aku menginsafi perkara ini. Tatkala semua pelajar sedang struggle belajar, masih ada lagi insan yang bermain-main dibuai kelekaan.

Aku terus menuju pulang ke bilik. Sambil memikirkan strategi pembelajaran bagi diri aku sendiri yang akan menghadapi peperiksaan akhir semester ni.

Aku sampai di bilik dan terus merebahkan diri ke atas katil. Rasa penat di badan turut rebah ke bumi. Terasa sangat lega dan best. Otak aku ligat berfikir tentang strategi pembelajaran berdasarkan keputusan semasa ujian aku bagi setiap subjek. Tak ada la hebat sangat tapi puas hati la juga bila tenung kan? Hehe.

Kenapa aku perlu struggle belajar? Kenapa aku tak lepak je macam member-member yang lain? Kenapa nak susahkan diri stay up sampai 3 pagi belajar? Tak stress ke? Tak ada kerja lain nak buat? Arghhhh!!!!

Pandanganku tiba-tiba gelap. Aku gelisah. Asal ni? Aku dah jadi buta ke? Apa dosa yang aku buat dengan mata aku?

Tiba-tiba seorang wanita yang sangat ku kenal susuk tubuhnya muncul tepat di depan aku. Itulah ibuku. Aku tergamam dan langsung tak dapat bergerak seolah-olah ini mimpi. Fuhhh seram beb bila tiba-tiba je muncul depan mata. Haha

Ibuku terus merapati diri aku. Lalu terus mendakap tubuh aku yang agak menggeletar terkejut. Lalu, satu suara yang amat melembutkan hati keluar. Suara yang mendamaikan jiwa tatkala keresahan aku dengar. Sayup tetapi bersemangat bila aku dengar.

“Azman, kita ni bukannya orang senang sangat. Mak ayah tak ada apa nak ditinggalkan kat adik beradik kamu. Pelajaran je la yang dapat ubah nasib kita sekeluarga bila kamu dah dapat kerja yang bagus. Gaji besar. Boleh bantu keluarga. Ingat pesan ni ye. Belajar lah rajin-rajin. Banggakan ibu dan ayah. Itukan misi kamu yang pernah kamu cakap dulu kat ibu.”

Zrapppp!!! Aku tersentak. Mengucap terus keluar dari lidahku.


Kini, aku mula sedar. Aku ada 1 misi. Aku ada tujuan. Aku ada harapan yng diletakkan di kedua-dua belah bahu aku. Dan aku tak akan sesekali menggagalkan misi penting ni. Aku dah berjanji. Aku akan terus berjuang sampai misi aku ni berjaya.

Misi aku nak dapat pointer 4.00 dan banggakan ibu ayah aku !!! Yeahhhhh!!! Fighting!!!


Sunday, 10 December 2017

Tawa Dalam Syurga Dan Tangisan Dalam Neraka


Tawa Dalam Syurga Dan Tangisan Dalam Neraka



Pernah tak kita dengar orang kata : Eh, kita kan still remaja lagi. Enjoy la habis-habis. Kasi feel dulu syurga dunia ni bro.

Ada yang rasa hidupnya seperti syurga yang amat bahagia. Ada yang rasa seumur hidupnya seakan neraka yang sangat menyeksa. Tapi, itulah asam garam kehidupan dunia yang sementara.

Sebahagian manusia menganggap taat pada Pencipta itu indah seperti syurga. Setengah manusia berpendapat bahawa ingkar pada Pencipta itu syurga. Dua sisi pandangan yang berbeza.

Sebenarnya syurga itu memberi ketenangan manakala neraka itu memberi keseronokan nafsu syaitan.

Haa dah jelas kan apa sebenarnya syurga dan neraka bagi sisi pandang yang berbeza?

Beruntunglah pemuda dan insan yang menggunakan seluruh hidupnya untuk menggapai syurga. Jalan ke syurga itu disertai kesulitan dan kepedihan tetapi pengakhirannya sangat indah. Seperti kita di dunia yang mahukan kekayaan wang untuk hidup senang perlukan usaha yang keras dan istiqamah. Kadang-kadang sampai tak tidur malam tau. Hehe

Apabila dimasukkan sahaja mereka ke dalam syurga, mereka berpuas hati dan tak ingin kembali ke dunia. Kerana di dalam syurga 1001 nikmat dan permintaan mereka dipenuhi tanpa sebarang syarat dan kepenatan. Saat itu merekalah orang yang paling bahagia kerana Tuhan mereka menepati janjiNya.

Firman Allah S.W.T :
“ Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata : Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa suci bersih, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.” (Al-Baqarah:25)

Itulah nikmat ketawa di dalam syurga !!!

Melangkah ke syurga kerana Allah dan menjauhi neraka juga kerana Allah. Kerana Allah adalah kekuatan utama kita.


Nak dipisahkan pasti tak mampu. Manusia pasti tak lekang dari membuat kesilapan. Pasti dan sudah tak boleh diragui lagi. Ketika diri sedang melayar bahtera kehidupan yang penuh fantasi, adakalanya kita terjatuh ke lembah kemaksiatan. Ada juga yang sengaja meletakkan dirinya ke lembah kebinasaan.

Yang utama, kita perlu tahu bahawa kemaksiatan pasti akan dibalas tak lain tak bukan dengan api neraka. Pasti hati kita gentar apabila mendengar perkataan ‘neraka’. Tak pernah lagi saya jumpa bila orang sebut neraka dia gelak tak ingat dunia. Apabila nak buat dosa, maka ingatlah dan renungkanlah akan azabnya yang terlampau pedih. Terlalu pedih. Pedih tiada tandingannya. Waktu itu, teriakan dan lolongan kesakitan kita ada memecah suasana dalam neraka tersebut. Aduhhhh!!!! Sakitnya Ya Allah !!!!! Baru nak ingat Allah. Tapi sudah terlambat dan mustahil dapat kembali ke dunia.

Firman Allah :
“Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata : Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan menjadilah kami golongan yang beriman.” (Al-An’am:27)

Maka bertaubatlah dari sekarang. Kerana mati tak mengenal usia dan persediaan kita. Melazimi taubat akan memberikan kita keselamatan dunia dan akhirat.

Itulah sengsara tangisan di daam neraka !!! Semua pengakhiran di kedua telapak tangan kita !!!

DAKWAH HIPSTER. SEMUA ORANG BOLEH BUAT

DAKWAH FREE STYLE BRO. Mungkin apabila disebut tentang dakwah ramai yang akan salah faham dan fikir dakwah hanya dikhaskan untuk go...