Thursday, 8 March 2018

DAKWAH HIPSTER. SEMUA ORANG BOLEH BUAT



DAKWAH FREE STYLE BRO.


Mungkin apabila disebut tentang dakwah ramai yang akan salah faham dan fikir dakwah hanya dikhaskan untuk golongan ustaz, ustazah, budak tahfiz, budak tabligh, budak usrah dan sebagainya. Pandangan ni salah sama sekali. Walaupun seseorang itu tiada background agama, namun perlu kita sedar bahawa tanggungjawab dakwah itu untuk semua orang.


Yes semua orang termasuk kau dan aku.


Dalam Quran saja ayat yang membicarakan tentang solat ada 212 ayat. Di mana-mana orang bercerita tentang solat. Alhamdulillah bagus. Tapi, tahu tak kita bahawa ayat Quran yang membicarakan tentang dakwah ada 587 ayat? Banyak kan? So, begitu banyak ayat yang mengetengahkan isu dakwah supaya kita ambik port join sekaki. Tapi, manusia hari ni ramai salah faham bab ni.


Malah part yang paling sedih ramai di antara kita yang ambik port main Mobile Legend. Ramai yang ambik port main Dota. Ramai yang ambik port tengok drama Korea sampai mata macam panda. Ramai yang layan novel cinta sampai terpedaya. Lepas tu, langsung tinggalkan kerja dakwah. Bukan tak boleh ambik port semua benda tu tapi kau kena tahu priority kau, Agama dan game mana priority kau?


Nak cakap dakwah ni payah takde la payah mana. Sebab Nabi pun pesan sampaikan daripadaku walau satu ayat. So, apa benda je kebaikan tentang Islam yang kita tahu just sampaikan dan sebarkan. Apa saja tak kira la kaitan dengan pelajaran ke, pengurusan masa ke dan sebagainya. Sebab kita rasa dakwah ni macam mustahil gila sebab kita fikir dakwah ni cuma bagi ceramah kat masjid 3 jam. Memang masak la bagi orang yang takde ilmu agama yang tinggi.


So, setakat ni clear kan semua orang boleh buat dakwah?


So, yang best dan senangnya dalam dakwah ni ialah korang boleh buat ikut style korang. Setiap manusia ada bakat dan skill masing-masing. So, gunakan bakat dan skill korang tu contribute dalam dakwah. Contoh, ada orang bakat dia melukis. So, dia lukis poster-poster dakwah. Ada orang bakat dia menyanyi jadi dia nyanyi lagu-lagu berunsur mesej kebaikan. Terpulang pada bakat dan skill masing-masing la supaya kita ada passion terhadap kerja dakwah yang kita lakukan.


Kalau rasa malas dan kedekut sangat nak sumbang tenaga dan bakat korang untuk dakwah, maka korang boleh sumbang dalam bentuk idea. Mudah-mudahan in shaa Allah kita pun akan dapat pahala.


So, senang tak dakwah pakai style masing-masing? Free style kan? Haha.


Thursday, 4 January 2018

AZAM TAHUN BARU YANG HILANG






AZAM TAHUN BARU YANG HILANG

Hilang azam kita? Dia pergi mana? Dapat tak detect azam kau yang hilang tu? Haha.

Hai assalamualaikum semua !!! Haa ada yang rindu saya ke? Haha. Saya tengok ramai la orang masuk tandas pada tahun 2017 keluar tandas pada tahun 2018. Lama betul diorang masuk tandas kan? Haha. Gurau je. Mesti hambar teruk kan? Haha.

Ramai orang awal tahun pasang azam. Pasang niat. Pasang matlamat. Pasang target. Tapi bila masuk je hujung tahung atau pertengahan tahun, eh tiba-tiba azam dia lesap. Aikkk pergi mana azam kau tu? So, malam ni saya nak kongsikan beberapa tips untuk korang setkan matlamat dengan betul supaya azam kita sentiasa jadi pembakar semangat kita untuk berjaya.

Tips yang saya akan share ni ialah teknik S.M.A.R.T !!!

S – Specific. Ramai orang pasang azam awal-awal lagi dah salah. Sebab apa? Ya tak specific kan dia punya azam. Macam mana nak specific kan azam? Contoh la. Tahun depan saya nak beli kereta besar. No ini salah sebab tak specific. Yang betul ialah tahun depan saya nak kereta BMW warna hitam, tinted, skirting dan sebagainya.

M – Measurable. Bila dah specific kan azam kita, matlamat kita lepas tu mestilah kena measurable. Boleh diukur. Antara contoh azam yang salah ialah “ aku nak kahwin “. Haaa ini silap ni. Sepatutnya kalau berkaitan bilangan kita letak jumlah. Contohnya, “ tahun depan aku nak kahwin 2 la “ atau “ mulai tahun depan aku nak solat berjemaah kat masjid sebanyak 3 waktu “. Haa gini baru molek kan? Hihi.


Tanpa azam manusia tidak akan ada semangat. Tanpa semangat tiada gerak kerja. Tanpa gerak kerja tiada kejayaan.

A – Attainable. Bila dah cukup semua atas ni baru la kita move on dengan benda lain. Eh, dah macam cinta apa pula move on ni. Haha. Kita punya azam mestilah tak bertentangan dengan syariat Islam dan undang-undang Negara. Haa kena ingat kita ni ada peraturan. Tak boleh main langgar je tau. Hehe.

R – Reasonable. Haaa azam kita mestilah logik. Takkan tiba tak pernah buat bisnes then nak income RM 1 juta sebulan. Perghhh mustahil tetapi kalau melalui proses yang betul in shaa Allah boleh capai. Kena lalui steps by steps.

T – Timeline. Haa make sure azam korang ada garis masa atau bahasa Mat Salleh ni timeline. Set ok hujung Februari ni aku nak ada income at least RM 7K. Then, bila sampai hujung tahun 2018 ni aku nak ada income at least RM 10K dan dah ada kereta sebiji. Haa buat 1 timeline sampai azam korang tercapai.

Haaa dok pahe lagi ke? Hihi. Simple je kan?

- JANGAN WAS WAS UNTUK SHARE -

DAKWAH HIPSTER. SEMUA ORANG BOLEH BUAT

DAKWAH FREE STYLE BRO. Mungkin apabila disebut tentang dakwah ramai yang akan salah faham dan fikir dakwah hanya dikhaskan untuk go...